4 Julai 2014 - Ampang, Kuala Lumpur. Penyanyi rock Ahmad Azhar Osman atau lebih dikenali Awie, 46 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang, atas pertuduhan mencederakan pasangannya Rozana Misbun, 36 hari ini.
![]() |
Awie di mahkamah Ampang, Kuala Lumpur. |
Memukul Isteri
Vokalis kumpulan Wings itu mengaku tidak bersalah memukul isterinya di sebuah rumah di Ukay Bistari, Taman Ukay Perdana Ampang di hadapan Hakim Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman. Hakim Majistret Ayuni Izzaty, membenarkan plaintif diikat jamin 9 ribu ringgit dengan dua penjamin. Manakala sebutan semula kes ditetapkan pada 11 Ogos 2014.
Awie diwakili oleh Peguam Hazman Harun manakala pendakwaan dikendalikan oleh Suhaimi Ibrahim. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 7 tahun dan denda.
Kecederaan Serius
Sebelum ini media melaporkan seorang penyanyi rock terkenal tanah air mencederakan isterinya di tempat awam sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serius. Berikutan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Ampang, pada 17 Jun lalu, kerana bimbang kejadian sama akan berulang.
Ahad lalu, selepas tersebarnya beberapa keping gambar isterinya yang mengalami kecederaan di laman sosial, Awie mengaku dipanggil polis bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.
MKL Crimedesk | Awie Didakwa Pukul Isterinya
Reviewed by Mkl Crimedesk
on
4:54 PM
Rating:

No comments: