www.mklcrimedesk.com

MKL Crimedesk | Bapa Tembak Selamatkan Anak Dibelasah 10 orang



18 Julai 2014 - Rawang, Selangor. Kerana dendam, sekumpulan penjenayah kononnya ingin menuntut bela akhirnya kecundang setelah 3 daripada mereka diberkas orang ramai.

Diserang 10 lelaki bersenjatakan parang

Kejadian itu turut mengakibatkan seorang lelaki yang juga mangsa cedera parah ditetak suspek di hadapan rumahnya di Kg Sungai Dua Tambahan, Rawang malam tadi.
Ketika kejadian jam 12 tengah malam, mangsa berada di halaman rumah tiba-tiba diserang lebih 10 lelaki bersenjatakan parang yang menaiki 3 buah kenderaan.

Bapa lepaskan 4 das tembakan

Kekecohan itu menyebabkan bapa mangsa terpaksa melepaskan 4 das tembakan amaran. Bunyi tembakan itu mengejutkan jiran sebelum kesemua suspek bertindak melarikan diri ke dalam semak. 3 daripadanya berjaya ditahan.

Mangsa yang cedera parah dibawa ke hospital Sungai Buloh manakala seorang suspek turut tercedera kerana bertindak agresif ketika cuba ditahan. Forensik turut menemui beberapa kelongsong peluru di lokasi kejadian dan 3 buah kenderaan suspek yang ditinggalkan.

Polis masih giat memburu rakan suspek. Punca kejadian masih dalam siasatan.


MKL Crimedesk | Bapa Tembak Selamatkan Anak Dibelasah 10 orang MKL Crimedesk | Bapa Tembak Selamatkan Anak Dibelasah 10 orang Reviewed by Mkl Crimedesk on 3:01 AM Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.