www.mklcrimedesk.com

MKL Crimedesk | Geng KOLOI Tumpas



1 Julai 2014 - Cheras, Kuala Lumpur. Polis berjaya menumpaskan Geng Koloi yang aktif mencuri kereta di sekitar Lembah Klang dan Cheras sejak enam bulan lalu, selepas merampas enam buah kereta yang bernilai kira-kira RM80,000.

Jenayah Geng KOLOI


Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, kejayaan itu susulan daripada risikan pada 20 Jun lalu, selepas menerima aduan daripada orang awam berhubung kegiatan jenayah geng Koloi.


"Kami berjaya memberkas empat suspek  berusia dalam lingkungan 30 hingga 40 tahun dalam serbuan berasingan di Cheras dan Shah Alam pada 23 hingga 27 Jun lalu," katanya.
Beliau berkata, pihaknya berjaya menemui semula kereta yang dipercayai dicuri oleh geng berkenaan antaranya, tiga buah Proton Satria, sebuah Proton Waja, Proton Putra dan Honda Civic.
"Kita berjaya merampas beberapa peralatan curi kereta yang dipercayai digunakan suspek. Modus operandi geng itu antaranya salah seorang daripada mereka membuat tinjauan dan mengenal pasti kereta yang hendak dicuri.
“Kenderaan yang dicuri itu pula akan dijual semula dengan harga kira-kira RM3,000 hingga RM4,000, kita juga percaya geng penjenayah itu turut  menjual alat gantian kereta tersebut,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, semalam.  

29 Kes Curi Kereta


Menurutnya, pihaknya percaya dapat menyelesaikan 29 kes curi kereta yang dipercayai dilakukan oleh geng itu.


“Hasil siasatan mendapati salah seorang daripada yang ditahan itu turut mempunyai rekod jenayah, manakala tiga individu lain dipercayai sebagai pembeli kereta curi itu. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 379 dan 411 Kanun Keseksaan,” katanya.



MKL Crimedesk | Geng KOLOI Tumpas MKL Crimedesk | Geng KOLOI Tumpas Reviewed by Mkl Crimedesk on 7:20 PM Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.