Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Kamarul Zaman Mamat berkata Operasi Ramadhan ini diadakan bagi mengesan pendatang-pendatang asing menyeludup keluar dengan menggunakan laluan tikus.
Katanya lagi pendatang yang hendak pulang dengan cara haram ini dikenakan bayaran antara RM600 ke RM1,000 seorang dengan menggunakan bot-bot haram yang membahayakan penumpang.
![]() |
Mengapa mereka pilih jalan salah? |
"Mengikut risikan kita mereka ini membayar 600 ringgit seorang. Bot yang membawa mereka ini boleh muat 100 orang. Bayangkanlah keuntungan yang diambil tekong-tekong laut dan darat untuk membawa mereka ini keluar jalan yang salah,"
![]() |
Rumah setinggan yang digunakan oleh tekong darat mengumpulkan penumpang |
"Modus operandi dia mengambil dan memberi offer siapa nak pulang ke negara dengan jalan yang salah perlu bayar keada mereka sindiket dan mereka akan kumpulkan di hotel-hotel, di rumah-rumah tumpangan dan juga malam ini di rumah-rumah setinggan dan sesetengah daripada mereka telah bermalam di rumah ini kerana menunggu tekong membawa mereka ke bot," kata Kamarul Zaman Mamat lagi.Sementara itu, kawalan keselamatan di perairan pantai Selangor dipertingkatkan bagi menangani berlakunya lagi pembolosan pendatang asing di laluan air. Ini bagi mengelakkan berlakunya lagi insiden bot-bot pancung haram yang karam di perairan ketika membawa masuk pendatang asing tanpa izin.
Dalam insiden bot pancung yang karam di Pulau Carey bulan lalu, 3 dari 5 tekong telah didakwa di mahkamah. Insiden pertama pada 18 Jun 2014 lalu di perairan Kuala Langat yang mengakibatkan 14 dari 97 penumpang terkorban. 24 jam kemudian insiden kedua bot pancung yang membawa 27 pekerja Indonesia karam di pantai Sepang.
"Kita tahu bahawa setiap tahun bagi semua negeri bila menjelang musim perayaan hari raya dan sebagainya, pendatang-pendatang asing dalam bilangan yang besar akan balik ke tempat asal mereka secara haram. Contohnya seperti apa yang berlaku tragedi bot karam itu sebagai bukti bahawa mereka telah dan sebelum bulan puasa juga mereka sudah mula balik ke kampung dengan menggunakan khidmat tekong-tekong darat kegiatan haram ini," kata Abu Samah mengakhiri perbualannya dengan media.
MKL Crimedesk | Ops Ramadhan Kekang Pendatang Guna Lorong Tikus
Reviewed by Mkl Crimedesk
on
11:24 AM
Rating:

No comments: