www.mklcrimedesk.com

Suspek Bunuh Timbalan Pengarah Kastam Di Reman...



6 Julai 2014 - Putrajaya, W.Persekutuan. Seorang suspek berusia 20 tahun ditahan reman selama enam hari mulai Ahad berhubung kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim. Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Putrajaya di sini.

Juruteknik Pendawaian


Pegawai Penyiasat DSP Hamzah Buman berkata suspek yang merupakan seorang juruteknik pendawaian disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, suspek sebelum ini ditahan reman mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana kes samun, sejak 24 Jun lalu.


“Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini,” katanya.

Shaharuddin mati ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di sini pada 26 April tahun lepas.

3 Das Tembakan


Dalam kejadian 8.15 pagi itu, dua lelaki bermotosikal melepaskan tiga das tembakan ketika kenderaan yang dinaiki Shaharuddin berhenti di persimpangan lampu isyarat di persimpangan lampu isyarat di Lebuh Sentosa, Putrajaya.


-----------------------------------------------------------------------

Dalam perkembangan terbaru, 4 lagi suspek ditahan atas kes yang sama.




Suspek Bunuh Timbalan Pengarah Kastam Di Reman... Suspek Bunuh Timbalan Pengarah Kastam Di Reman... Reviewed by Mkl Crimedesk on 11:43 AM Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.