3 Julai 2014 - KUALA KANGSAR - Dua anggota tentera masing-masing berpangkat Koperal dan Sarjan maut apabila kereta perisai tentera yang dinaiki bersama dua lagi anggota hilang kawalan sebelum terbalik di Kilometer 232 Lebuhraya Utara Selatan (arah selatan), petang tadi.

Dua lagi anggota dikenali Lans Koperal Freaddy Barlabas, 29, dan Koperal Sharifuddin Abdullah, 36, dilaporkan parah di beberapa bahagian badan dan sudah menerima rawatan di hospital sama.
Siasatan awal mendapati, kenderaan dipercayai dipandu Freaddy yang dalam perjalanan dari Kedah untuk menjalani latihan menembak di Negeri Sembilan itu, hilang kawalan akibat tayar pecah.
Keadaan itu menyebabkan, kenderaan terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik ke bahu kiri laluan. (Sumber foto: Polis. Tulisan dipetik dari Sinar Harian)
Perisai Tentera Terbalik - Berita Bergambar
Reviewed by Mkl Crimedesk
on
1:05 AM
Rating:

No comments: