www.mklcrimedesk.com

Pusat Hiburan Keluarga Ada Aktiviti Judi

14 Julai 2014 - Kuala Lumpur. : Guna papan tanda pusat hiburan keluarga tetapi didalamnya dipenuhi dengan kaki judi. Kegiatan beberapa premis di dalam Pasaraya Kotaraya itu terbongkar selepas diserbu bahagian perjudian D-7 Bukit Aman malam tadi.



 10 taik judi ditangkap



Serbuan serentak di 6 premis pusat hiburan keluarga ini dilakukan selepas polis melakukan risikan selama seminggu. Ketika serbuan, 10 kaki judi di tangkap. Premis judi ini terletak di tingkat 4 pasaraya berkenaan. Serbuan ini berjaya merampas 153 mesin judi pelbagai jenis seperti roullette dan buah bernilai lebih 50 ribu ringgit.



Ketika serbuan, tonto yang berada di kaki lima premis gagal memintas tindakan pihak berkuasa. 10 penjaga premis turut tertangkap. Sejumlah wang tunai hasil kegiatan itu turut dirampas.

Kesemua rampasan dan tangkapan dibawa ke IPD Dang Wangi untuk tindakan lanjut.












Pusat Hiburan Keluarga Ada Aktiviti Judi Pusat Hiburan Keluarga Ada Aktiviti Judi Reviewed by Mkl Crimedesk on 6:11 PM Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.