14 Ogos 2014 - Shah Alam. Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menjatuhkan hukuman mati terhadap bekas pengawal keselamatan, La Ode Ardi Rasila selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan. La Ode, 37 didapati bersalah membunuh dan melakukan rompakan dengan melepaskan tembakan menggunakan senjata api dengan niat menyebabkan kematian pegawai Ambank, Norazita Abu Talib, tahun lalu.
Gagal Menimbulkan Keraguan Munasabah
25 saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan. La Ode,yang berasal dari Indonesia didakwa melakukan kesalahan itu di dalam bangunan AmBank, Jalan Sentral 2, USJ Sentral, Subang Jaya, di antara jam 6 petang dan 6.30 petang, 23 Oktober 2013.
Pendakwaan dibuat Ketua Unit Pendakwaan Selangor,Mohd Azari Harun dan Timbalan Pendakwaraya Mohd Asyaraf Md Kamal mengikut seksyen 302 kanun keseksaan.
LA ODE KE TALI GANTUNG: Perompak & Pembunuh Kerani Ambank
Reviewed by Mkl Crimedesk
on
4:49 PM
Rating:

No comments: