19 Ogos 2014 - Kota Damansara, Selangor. Gro berpakaian seragam ala jururawat...Itu taktik sebuah pusat hiburan 2 tingkat yang saban malam sarat dengan pengunjung.
Kegiatan tak bermoral yang menganggu ketenteraman penduduk setempat berakhir setelah digempur polis malam tadi. 3 pondan antara 36 gro asing yang diberkas malam tadi.
Warga Thailand dan Vietnam
Serbuan bahagian maksiat D7 Bukit Aman jam 12.30 pagi yang diketuai ASP Shahrulnizam Jaafar dilakukan hasil penyamaran. Setelah disemak, 26 daripadanya warga Thailand dan 10 Vietnam berusia antara 20 hingga 30 tahun hanya memiliki pas lawatan sosial.
Khidmat Seks
Hasil jualan kalungan bunga dan selempang dijadikan tips sekitar 50 ringgit. Seperti kebiasaan, gro boleh ditempah keluar untuk khidmat seks yang dilakukan di hotel bajet berdekatan. Pakej yang ditawarkan antara 400 hingga 600 ringgit semalam.
Seorang penjaga ditahan. Kesemua yang ditahan dibawa ke IPD Petaling Jaya untuk tindakan lanjut.
MKL Crimedesk | GRO Ala Jururawat
Reviewed by Mkl Crimedesk
on
12:54 AM
Rating:

No comments: