7 Ogos 2014 - Pantai Dalam, Kuala Lumpur. Mayat yang sudah kembung ditemui tersangkut di celah batu di dalam sungai di bekalang projek perumahan rakyat PPR, Kampung Limau, Pantai Dalam awal pagi tadi.
Sudah Mati 24 jam Yang Lalu
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, SAC ZAINUDDIN AHMAD mengesahkan mayat yang belum dikenalpasti identiti ini ditemui orang awam. Sepasukan anggota polis dan bomba ke tempat kejadian selepas dimaklumkan mengenai penemuan itu. Berdasarkan keadaan mayat, mangsa dipercayai sudah mati lebih 24 jam yang lepas.
Tersangkut di celah batu
Polis tidak menolak kemungkinan mayat hanyut di kawasan itu sebelum tersangkut di celah celah batu. Siasatan masuh diteruskan untuk mengenalpasti sama ada mangsa dibunuh atau sebaliknya. Mayat di bawa ke hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini diminta menghubungi
SUPER RAKAN COP 03-2115 9999
MKL Crimedesk | Jumpa Mayat Di Pantai Dalam
Reviewed by Mkl Crimedesk
on
4:33 PM
Rating:

No comments: