14 Ogos, 2014 - Putrajaya, Wilayah Persekutuan. Polis telah mengenal-pasti suspek utama yang melesapkan wang tunai lebih RM100,000 dari akaun sebuah bank milik empat penumpang pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abuk Bakar berkata, suspek utama itu yang dipercayai orang dalam bank berkenaan sedang diburu pihak polis.
Suspek Sudah Dikenalpasti
" Kita dah dapat pengenalan suspek itu, dan kita juga percaya ini ada kerjasama orang dalam di bank berkenaan dan kita sedang memburu mereka. Suspek yang kita buru itu sudah dikenal-pasti," kata Tan Sri Khalid.
Beliau mengulas demikian selepas menghadiri Himpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya siang tadi. Turut hadir Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Curi RM100 ribu Wang Mangsa MH370 - Orang Dalam Terlibat
Reviewed by Mkl Crimedesk
on
6:41 PM
Rating:

No comments: