4 Ogos 2014 - Taman Sungai Besi, Kuala Lumpur. Polis merampas 25.7 kilogram dadah jenis syabu dan 3.5 kilogram pil kuda bernilai 3.5 juta ringgit di sebuah kondominium di Sungai Besi Kuala Lumpur jumaat lepas. Dalam serbuan itu seorang lelaki dan wanita dipercayai anggota sindiket memproses dadah ditangkap.
Alat Penggera Asap
Kegiatan memproses dadah itu terbongkar selepas alat penggera dan asap tebal dari sebuah unit kondominium mewah di Taman Sungai Besi, Kuala Lumpur berbunyi dan didapati datang dari sebuah makmal mini memproses syabu.Pihak pengurusan kondominium yang menyangkakan asap itu akibat kebakaran pada jam 12 tengah hari Jumaat lepas segera menghubungi Jabatan Bomba. Namun selepas diperiksa, asap itu didapati berpunca daripada campuran bahan kimia untuk memproses syabu.
Syabu dan pil kuda
Ketua Polis Daerah Cheras SAC Mohan Singh Tara Singh berkata hasil pemeriksaan pasukan menemui syabu dan pil kuda serta peralatan memproses dadah.
Dua suspek yang ditahan pula tinggal di sebuah lagi unit kondominum bersebelahan. Beberapa lagi rakan suspek dipercayai dapat melarikan diri sebelum anggota bomba dan polis sampai. Wanita dan lelaki yang ditahan itu direman sehingga Rabu ini.
Kes disiasat mengikut seksyan 39b Akta Dadah Berbahaya.


Polis Bongkar Makmal Dadah 2.5 Juta di Sungai Besi, KL
Reviewed by Mkl Crimedesk
on
6:04 AM
Rating:

No comments: