3 September 2014 - Seri Kembangan, Selangor. Nama sahaja pusat karaoke berkeluarga... Namun di dalamnya ligat dengan kegiatan perlacuran. Aktiviti 2 dalam 1 itu akhirnya terbongkar selepas 3 bulan beroperasi secara haram di sri kembangan.
Diberkas sedang lakukan seks!
Bagaimanapun, tindakan pasukan polis Bahagian Maksiat D7 IPK Selangor menggempur premis terbabit seolah-olah sudah dihidu sindiket. Hasilnya 5 pelacur asing diberkas ketika sedang melakukan seks. Lebih 20 pelacur termasuk beberapa pelanggan pula sempat melarikan diri disyaki melalui pintu rahsia di belakang premis.
Hasil semakan, 3 darinya adalah warganegara China dan 2 Indonesia tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan sah. 3 pelanggan dan seorang penjaga turut diberkas.
Peralatan seks seperti kondom dan minyak pelincir turut ditemui.
Risikan mendapati pelacur terbabit menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggan yang sedang berkaraoke.... dan kegiatan seks pula dilakukan di premis bersebelahan. Harga pakej dikenakan sekitar 200 ringgit semalam. Kesemua mereka dibawa ke IPD Serdang untuk tindakan lanjut.
MKL Crimedesk | Berkaraoke Sambil Melacur
Reviewed by Mkl Crimedesk
on
7:37 AM
Rating:

No comments: