8 September 2014 - Kajang, Selangor. Pasukan Unit Pemusnah Bom UPB hari ini berjaya memusnahkan sebutir bom udara jenis Mark 1-952 yang dijumpai di kawasan riadah dekat Bukit Cheras Awana petang semalam.
Hasil Peninggalan Zaman Penjajahan Jepun
Ketua Polis Daerah ACP Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, bom sepanjang 47 sentimeter dengan garispusat 43 sentimeter diletupkan pada jam 3 petang tadi di lokasi yang sama ianya dijumpai. Bom seberat 226 kilogram yang ditemui orang awam itu disyaki hasil peninggalan ketika zaman penjajahan Jepun semasa Perang Dunia Kedua lalu.Bom berkenaan diletupkan dengan menggunakan bahan letupan yang ditanam bersama bom itu yang mengakibatkan letupan kecil. Terdapat beberapa penempatan di kawasan kaki bukit berkenaan. Tindakan menutup kawasan terbabit dari laluan awam dilkakukan sejak malam tadi untuk proses memusnahkan bom dan dijangka dibuka semula pada esok hari.
MKL Crimedesk | Bom Zaman Jepun Ditemui & Diletupkan
Reviewed by Mkl Crimedesk
on
8:06 AM
Rating:

No comments: