
29 September 2014 - Petaling Jaya, Selangor. Seorang lelaki maut selepas dilanggar sebuah motosikal yang terbabas di Lebuhraya Persekutuan di Petaling Jaya malam tadi. Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa sedang menunggu bas disebuah perhentian bertentangan Kompleks Seri Setia arah Shah Alam, Selangor.
Mangsa R. Magendran 50 tahun yang bersama ahli keluarganya berada dihujung hentian bas berkenaan dilanggar sebuah motosikal yang terbabas dan tercampak kira-kira 20 meter. Mangsa dari Rumah Pangsa Desa Mentari mengalami kecederaan parah dibahagian kepala meninggal dunia ditempat kejadian.

Mayat mangsa dihantar ke PPUM untuk bedah siasat.
Punca kejadian masih dalam siasatan.
MKL Crimedesk | Maut Dirempuh Motosikal Ketika Tunggu Bas
Reviewed by Mkl Crimedesk
on
9:25 PM
Rating:

No comments: