Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia.
YBhg. Dato’/Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dilampirkan info grafik bagi maklumat peraturan berhubung Penggunaan Cermin Gelap, Larangan Penggunaan Lampu HID dan Strobe Light serta Spesifikasi Nombor Pendaftaran Kenderaan yang dibenarkan mengikut undang-undang.
3. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak YBhg. Dato’/Tuan/Puan agar dapat membantu Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia dengan membuat hebahan atau mengedarkan info grafik ini kepada semua pengguna jalan raya supaya matlamat persekitaran jalan raya yang lebih selamat dapat diwujudkan. Kerjasama dan perhatian daripada YBhg. Dato’/Tuan/Puan dalam perkara ini, amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
Mohamad Sazali Bin Baharudin
B/P: KETUA PENGARAH PENGANGKUTAN JALAN
MALAYSIA
Pegawai Perhubungan Awam
Pejabat Ketua Pengarah
Jabatan Pengangkutan Jalan
No Tel : 03-8886 6633
No fax : 03-8886 6512
21 Oktober 2014.
Info Rasmi Polis Peraturan Penggunaan Cermin Gelap dan lain-lain.
Reviewed by Mkl Crimedesk
on
12:14 PM
Rating:
.jpg)
No comments: