11 Oktober 2014 - Kelana Jaya, Selangor. Tindakan gro asing yang cuba meloloskan diri dari serbuan pihak berkuasa di sebuah pub dekat Kelana Jaya malam tadi gagal. Hasil gerakan pantas polis Bahagian Maksiat D7 Bukit Aman mengepung kesemua pintu masuk dan laluan tikus premis yang menghasilkan 20 gro asing diberkas.
Tarian Tiang Ghairah
Serbuan jam 12 malam diketuai ASP Mohamad Mohd Jais turut mengejutkan lebih 100 pengunjung. Pemeriksaan mendapati tarian tiang antara aktiviti ghirah yang disediakan premis. Semakan ke atas gro, 10 daripadanya warga Filipina, 7 Thailand, 2 Laos dan seorang China hanya menunjukkan pas lawatan sosial.
Khidmat Seks di Hotel Budget
Gro berusia 22 hingga 40 tahun itu dikatakan dibawa agen pelacuran ke premis seawal jam 5 petang. Mereka digajikan sebahagian dari tips iaitu sekitar 200 hingga 500 bagi khidmat seks yang dilakukan di hotel bajet. Premis berlesen itu disyaki guba khidmat gro asing untuk raih pendapatan mudah. Seorang penjaga lelaki berusia 40 tahun ditahan untuk diambil keterangan. Polis masih menyiasat rangkaian sindiket untuk elak kegiatan tidak bermoral.
Kesemua tangkapan dibawa ke ipd petaling jaya untuk tindakan lanjut.
MKL Crimedesk | D7 Bukit Aman Tangkap Gro Sorok Dalam Plastik
Reviewed by Mkl Crimedesk
on
6:36 PM
Rating:

No comments: