www.mklcrimedesk.com

MKL Crimedesk | Dua Polis Maut Di Hempap Pokok

















12 Oktober 2014 - Kg. Attap, Kuala Lumpur. 2 anggota polis maut selepas kontena yang juga dijadikan bit Polis sementara dihempap pokok dekat Kg. Attap, ibunegara malam tadi. Kejadian berlaku jam 7.10 malam ketika kedua anggota polis berkenaan sedang bertugas dalam bit terbabit.

Mangsa Tersepit Mati Cedera Parah

2 buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Besi dan Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian bagi mengeluarkan mangsa tersepit. 30 minit kemudian mangsa pertama berjaya dikeluarkan, manakala 8.30 malam tadi, seorang lagi berjaya dikeluarkan. Bagaimanapun keduanya disahkan mati akibat cedera parah di badan.

Mangsa dikenali sebagai Koperal Dzulkhairi Ahmad dan Konstabel Mohd. Shahril Hisham Hashamdi bertugas sebagai Unit Pengiring PDRM. Koperal Dzulkhairi Ahmad pernah berkhidmat dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Pegawal Pengiring Polis.

Hujan lebat sejak petang tadi antara punca kejadian itu berlaku. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur.




































MKL Crimedesk | Dua Polis Maut Di Hempap Pokok MKL Crimedesk | Dua Polis Maut Di Hempap Pokok Reviewed by Mkl Crimedesk on 12:57 AM Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.