
1 Oktober 2014 - Shah Alam, Selangor. Polis berjaya menumpaskan satu geng samun di persimpangan lampu isyarat selepas menahan lapan suspek termasuk dua wanita di Taman Samudera, Batu Caves dekat sini pada 25 September lalu. Kesemua suspek berusia 16 hingga 41 tahun itu ditahan pada hari yang sama dalam tiga siri tangkapan dan lokasi berbeza.
Ditangkap di simpang Lampu Isyarat Batu Caves
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd. Adnan Abdullah berkata, kesemua suspek ditahan ekoran satu kejadian samun terhadap seorang wanita berusia 58 tahun yang merupakan pesara kerajaan di persimpangan lampu isyarat di Batu Caves pada 17 September lalu.
Ada kes lampau dadah, rogol dan senjata bahaya
"Siasatan lanjut mendapati kesemua suspek tersebut terlibat dalam lapan kes sama di daerah Gombak, Selayang, Rawang dan Desa Jaya," kata Datuk Mohd. Adnan Abdullah, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor.
"Semakan rekod pula mendapati tiga daripada suspek mempunyai rekod kesalahan lampau meliputi kes dadah, rogol dan memiliki senjata berbahaya," katanya lagi pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini.
MKL Crimedesk | Geng Samun Trafik Light
Reviewed by Mkl Crimedesk
on
6:46 PM
Rating:

No comments: