www.mklcrimedesk.com

MKL Crimedesk | Ops Cantas Selangor Tangkap 78 Gro























12 Oktober 2014 - Klang, Selangor. Tengok tarian tiang dengan berpakaian separa bogel sambil berkhayal. Itu taktik sebuah pusat hiburan di Klang yang kononnya menjanjikan kelainan kepada pelanggan. Atas aduan awam, kegiatan terbabit terbongkar apabila premis diserbu sepasukan polis dari Bahagian Maksiat D7 dan Pasukan Cantas Wanita, Ibu Pejabat Polis Kontijen IPK Selangor awal pagi tadi.

GRO dan 250 Pelanggan ditahan

Buktinya, 78 wanita warga asing disyaki GRO ditahan ketika sedang melayan pelanggan. Lebih 250 pelanggan turut dikejutkan dengan pemeriksaan cegah jenayah. Semakan, 75 daripada mereka warga Vietnam, 2 warga China dan seorang Kemboja didapati menyalah guna pas lawatan sosial. Turut ditemui pelbagai jenis dadah antaranya pil ecstacy di meja premis.

4 Lelaki turut diberkas

Empat lelaki dipercayai pekerja kelab berkenaan turut diberkas. Serbuan dilakukan selepas mengadakan risikan selama seminggu bagi mengenal pasti kegiatan yang tidak bermoral ini. Kes juga disiasat mengikut Seksyen 6 (1) (C) Akta Imigresen dan Seksyen 55B akta sama serta Seksyen 39B Peraturan Imigresen. Kesemua mereka dibawa ke Lokap Berpusat IPK Selangor.

MKL Crimedesk | Ops Cantas Selangor Tangkap 78 Gro MKL Crimedesk | Ops Cantas Selangor Tangkap 78 Gro Reviewed by Mkl Crimedesk on 1:10 AM Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.