Syabu Dalam Aksesoru Basikal
Serbuan pertama pada 7 November lepas di syarikat kurier di Petaling Jaya, Selangor itu polis menemui dua buah kotak yang mengandungi dadah jenis syabu. Pemeriksaan ke atas kotak pertama yang mengandungi peralatan untuk pembungkusan atau 'sealing cutting machine rubber roller' menemui 2.5 kilogram syabu. Polis juga menemui 1.9 kg syabu yang disembunyikan dalam kotak kedua yang mengandungi peralatan aksesori basikal.
Kurier Hantar Syabu Dalam Katrij Mesin Cetak
Susulan siasatan, polis sekali lagi melakukan pemeriksaan semalam. Kali ini dadah jenis sama seberat 3.5 kilogram syabu yang dikirim menggunakan perkhidmatan syarikat kurier berkenaan ditemui. Selain disembunyikan dalam peralatan pembungkusan atau sealing cutting machine rubber roller' dadah berkenaan turut disorok di dalam katrij mesin pencetak.
Syarikat Courier Hantar Dadah Syabu
Reviewed by Mkl Crimedesk
on
10:29 PM
Rating:

No comments: