Terperangkap Dalam Terowong
Tiga maut dan sekurang-kurangnya 11 orang cedera dalam letupan lombong arang batu di kawasan Selantik, Sri Aman. Kejadian berlaku lebih kurang jam 9 pagi ketika mangsa-mangsa sedang bekerja dalam terowong sedalam 150 meter lombong tersebut.
Pihak Bomba dan Penyelamat menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian lebih kurang jam 11.30 pagi dan satu pasukan dari Balai Bomba Dan Penyelamat Sri Aman yang diketuai oleh Pegawai Bomba Jilin Itar dikejarkan ke tempat kejadian.
Dipercayai Masih Ada Yang Masih Terperangkap
Lokasi kejadian kerana ianya terletak kira-kira 100 km dari Balai Bomba Sri Aman. Beberapa mangsa dipercayai masih terperangkap di dalam lombong tersebut. Identiti semua mangsa masih belum di kenal pasti.
Lombong Arangbatu Selantik, Sri Aman Meletup - 3 Maut
Reviewed by Mkl Crimedesk
on
8:46 AM
Rating:

No comments: