3 November 2014 - Kuala Lumpur. Seorang warga emas yang pernah melakukan jenayah seperti mencuri dan dadah masih aktif menyamun kenderaan di sekitar Lembah Klang. Kegiatannya tidak bertahan lama apabila polis berjaya memberkas suspek di Pantai Dalam Selasa lepas. Susulan tangkapan suspek, polis berjaya merampas 13 buah kenderaan bernilai 100 ribu ringgit.
Suspek Usia 62 tahun
Ketua Polis Daerah Brickfield, ACP Muhammad Azlee Abdullah berkata, suspek yg berusia 62 tahun itu baru selesai menjalani hukuman pada Julai lalu. Suspek dikatakan mengaku melakukan kegiatan itu sendiri. Polis percaya suspek meleraikan kenderaan terbabit dan menjual alat ganti dengan harga murah kepada bengkel- bengkel kereta berhampiran.Dalam serbuan itu pelbagai alatan untuk mencuri kenderaan dirampas. Suspek direman 7 hari sehingga esok dan siasatan dilakukan mengikut seksyen 379 Kanun Keseksaan.
MKL Crimedesk | Warga Emas Curi 13 Kereta Dicekup
Reviewed by Mkl Crimedesk
on
4:05 PM
Rating:

No comments: