8 November 2014 - Padang Machang, Manir, Terengganu. 3 pelajar ILP Gong Badak cedera apabila sebuah kotak yang diangkat oleh Mohd Khairul Shahiran bin Che Ibrahim meletup dan mencederakan ketiga-tiga mereka. Letupan yang berlaku pada jam lebih kurang 4.30 petang semasa mengemas rumah nenek kepada salah dari mereka iaitu Nazrin bin Che Mohamad yang bertujuan untuk disewakan, turut juga mencederakan Mohd Afiq bin Mohd Misran. Ketiga mereka kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah.
Mengaku Eksperimen Bina Roket
Siasatan awal polis, Nazri menyatakan beliau tidak tahu bahan apakah yang meletup di dalam kotak yang diangkat oleh rakannya itu. Namun jam 7.50 malam Nazrin telah membuat pengakuan bahawa mereka sedang menjalankan eksperimen membina roket dengan menggunakan bahan berikut:-
1. Sodium cholorite
2. Sulfur
3. Arang
4. Paip besi
Bahan tersebut meletup apabila mereka sedang kompress bahan-bahan tersebut. Ketiga mereka sedang mengambil jurusan elektrik di ILP Gong Badak lebih kurang 1 tahun.
Roket Eksperimen Meletup: 3 Cedera di Padang Machang.
Reviewed by Mkl Crimedesk
on
12:09 AM
Rating:

No comments: