Kejadian tanah runtuh di KM 4.2 jalan naik ke Genting Highland pagi tadi lebih kurang jam 12.50 pagi, telah menutupi keseluruhan jalan 3 lorong tersebut.
Sebuah MPV Polis Bantuan Genting yang datang membuat tinjauan telah tertimbus oleh runtuhan kedua yang menutupi keseluruhan jalan. Tiada sebarang kecederaan dilaporkan setakat ini.
Sebelah jalan laluan turun digunakan sebagai laluan naik. Keadaan di lojasi hujan dan berangin. Kerja-kerja memecahkan batu dijalankan dan banyak lagi tanah yang belum diangkut. Adalah dianggarkan kerja-kerja pembersihan ini memakan masa hampir satu hari. Jalan naik ke Genting Highland telah dilencongkan mengikut jalan turun dan masuk ke Chin Swee Temple.
Tanah Runtuh Lagi Di Genting Highland!
Reviewed by Mkl Crimedesk
on
1:12 PM
Rating:

No comments: