www.mklcrimedesk.com

6 Disember 2014 - Serdang, Selangor. Biarpun lokasi itu berkali-kali dilakukan sekatan mereka seperti tidak serik-serik... Itu yang kegiatan samseng jalanan yang berdegil mengambil kesempatan untuk melakukan lumba haram. 

Di Lebuhraya Besraya, Serdang Selangor awal pagi tadi, anggota trafik Bukit Aman dan IPK Selangor terpaksa mengepung 2 laluan berlainan arah sejauh 5 kilometer bagi memberkas mereka. Sekurang-kurangnya 50 samseng jalanan berusia 20 an ditangkap ketika rancak berlumba. Ada yang cuba bergelut ketika ditahan.

Operasi yang diketuai oleh SUPT Bon Jeen Ahron, Pegawai 
Turus Penguatkuasa Trafik Bukit Aman itu bermula jam 1 pagi tadi dengan kekuatan 140 anggota polis yang digerakkan hasil aduan awam. Dalam operasi itu, 40 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan. Antaranya, tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh, tiada cermin sisi dan sebagainya. Kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Seri Kembangan untuk pemeriksaan lanjut.

Operasi berakhir jam 3 pagi tadi.
Reviewed by Mkl Crimedesk on 8:58 PM Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.