16 Disember 2014 - Kuala Lumpur. Seorang maut manakala seorang lagi cedera parah apabila kereta Proton Wira yang dinaiki terbabas sebelum merempuh tiang bangunan di Jalan Tun Razak off Jalan Batu Bata, Sentul di Ibu negara pagi tadi. Kemalangan berlaku kira kira jam 3.50 pagi tadi ketika mangsa dan rakannya dalam perjalanan pulang dari Midvalley ke rumah mereka di Sentul.
Satu jentera bersama 7 anggota dari Balai Bomba Penyelamat Sentul dikejarkan ke tempat kejadian bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit. Mangsa yang bekerja sebagai Joki di kompleks membeli belah Midvalley dikenali sebagai J. Elfred berusia 23 tahun. Mayat mangsa dibawa ke HKL untuk dibedah siasat.
Rempuhan Kuat, Mangsa Tersepit
Akibat rempuhan kuat itu, mangsa yang duduk di bahagian penumpang tersepit dan disahkan mati di tempat kejadian. Manakala rakannya mengalami kecederaan parah dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur.Satu jentera bersama 7 anggota dari Balai Bomba Penyelamat Sentul dikejarkan ke tempat kejadian bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit. Mangsa yang bekerja sebagai Joki di kompleks membeli belah Midvalley dikenali sebagai J. Elfred berusia 23 tahun. Mayat mangsa dibawa ke HKL untuk dibedah siasat.
MKL Crimedesk | Kereta Terbabas Satu Mati Satu Parah
Reviewed by Mkl Crimedesk
on
9:51 AM
Rating:

No comments: