www.mklcrimedesk.com

MKL Crimedesk | Mat Rempit Rempuh Warga Emas


8 Disember, 2014 - Kuala Lumpur. Sekumpulan mat rempit bukan sahaja lari dari sekatan polis malah tergamak melanggar seorang warga emas yang sedang melintas jalan. Akibat rempuhan itu, mangsa cedera patah kaki.

Mat Rempit Rempuh Warga Emas Patah Kaki

Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain berkata 6 mat rempit berkenaan ditahan dan disiasat mengikut seksyen 42 akta pengangkutan jalan 1987 kerana menunggang secara melulu dalam keadaan berbahaya. 

Insiden berlaku selepas sekumpulan mat rempit membuat pusingan U gara-gara elak ditahan dalam Ops Samseng di Dataran Merdeka malam tadi. Operasi bersepadu dilakukan Polis Trafik Kuala Lumpur dan IPD Dang Wangi bersama Unit Narkotik, dibantu Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur DBKL, bermula jam 9 malam memfokuskan penunggang motosikal.

Dalam operasi itu, polis mengeluarkan 52 waran tangkap. Manakala 3 individu termasuk seorang wanita ditahan selepas positif dalam saringan air kencing. Seorang lelaki turut ditangkap apabila memiliki syabu seberat 0.5 gram. Hasil 3 jam operasi, 305 saman trafik dam 72 saman JPJ dikeluarkan atas pelbagai kesalahan. 33 buah motosikal turut disita. Operasi berakhir jam 12 malam.








MKL Crimedesk | Mat Rempit Rempuh Warga Emas MKL Crimedesk | Mat Rempit Rempuh Warga Emas Reviewed by Mkl Crimedesk on 9:15 PM Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.