www.mklcrimedesk.com

MKL Crimedesk | Polis Buru Gaduh Bola AFF Suzuki 2014

12 Disember 2014 - Kuala Lumpur. Sembilan suspek terlibat kes merusuh semasa perlawanan suku akhir pertama Piala AFF Suzuki 2014 Ahad lalu direman bagi membantu siasatan. Mereka dicekup dalam operasi berasingan sekitar Lembah Klang dan Johor.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah semua suspek direman sehingga Isnin hadapan. Mereka berusia antara 19 hingga 29 tahun. Lima daripadanya diberkas di Johor, dan masing-masing dua di Kuala Lumpur serta Selangor. Penahanan bermula malam semalam dari awal pagi dan kalau perlu akan disambung reman.

Kertas siasatan akan dilengkapkan secepat mungkin sebelum diserah kepada Jabatan Peguam Negara untuk pendakwaan. Enam lagi suspek yg terlibat insiden masih diburu. Ketika ini kes ditujuk mengikut seksyen 147 kanun keseksaan kerana merusuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi rakan Cop Selangor di talian tertera. 

Kekecohan di stadium Shah Alam itu menyebabkan penyokong Vietnam cedera.
MKL Crimedesk | Polis Buru Gaduh Bola AFF Suzuki 2014 MKL Crimedesk | Polis Buru Gaduh Bola AFF Suzuki 2014 Reviewed by Mkl Crimedesk on 12:56 AM Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.