5 Disember 2014 - Putrajaya, W. Persekutuan. Sindiket atau kartel penghasilan kad pengenalan palsu secara besar-besaran sudah dibersihkan dari Sabah, kat Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada Sidang Media sempena Hari Inovasi KDN di sini sebentar tadi.
Beliau berkata tindakan proaktif sudah dilakukan oleh pihaknya bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi memastikan tidak lagi wujud operasi kartel samada secara tersusun atau berstruktur di negeri Sabah. Namun begitu jika masih ada individu yang terbabit maka kami mahu supaya orang ramai memaklumkan kepada KDN atau JPN untuk tindakan pemantauan dan perundangan.
Berkaitan dengan laporan Suruhanjaya Siasatan DiRaja yang dibentangkan Rabu lalu, beliau telah mengambil tindakan menubuhkan Jawatankuasa Tetap yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Pairin Kitingan bagi membincang dan menelitik cadangan yang dicadangkan oleh Suruhanjaya tersebut (RCI). Jemaah menteri juga telah memutuskan mereka yang bukan warganegara Malaysia di Sabah tidak akan diberikan sijil kelahiran sebaliknya akan diberi dokumen kelahiran sahaja.

MKL Crimedesk | Tiada Lagi Kartel Mykad Palsu - Zahid Hamidi
Reviewed by Mkl Crimedesk
on
7:19 PM
Rating:

No comments: