2 Januari 2015 - Jalan P. Ramlee, Kuala Lumpur. Bagaikan tiada kesudahan, mana tidaknya hampir setiap tahun pusat hiburan di tengah-tengah ibu kota ini diserbu kerana disyaki memperdagangkan wanita asing menjadi hamba seks dan malam tadi,184 lagi gro asing diselamatkan dalam ops noda di sebuah pusat hiburan di sini.
Tindakan pantas 52 anggota dari Bahagian Maksiat D7, Narkotik dan STINGRAY IPK Kuala Lumpur dan Bukit Aman mengepung premis itu menyebabkan 2 bapa ayam diberkas.
Ketika serbuan lebih 200 pelanggan ligat berhibur. Ada yang bertindak melarikan diri ke loteng premis namun cubaan itu gagal.
Semakan mendapati 136 daripada mereka warga Vietnam, 17 Filipina dan Uzbekistan, 4 Thailand, Indonesia dan Armania manakala 2 Rusia didapati ada paspot yang dipegang bapa ayam. Risikan mendapati sindiket aktif membekalkan wanita asing di setiap pusat hiburan di ibu negara dan disyaki turut menjadikan mereka sebagai pelacur dan hamba seks. Pelancong asing pula disasarkan sebagai pelanggan.
Seorang penjaga kelab juga didapati dikehendaki polis kerana kesalahan dadah, manakala seorang lagi didapati positif dadah. 10 penjaga kelab turut ditahan untuk tujuan dokumentasi. Kesemua tangkapan dibawa ke IPK KL untuk tindakan lanjut.
MKL Crimedesk | GRO Nyorok-Nyorok Elak Di Cekup Polis KL
Reviewed by Mkl Crimedesk
on
10:03 AM
Rating:

No comments: