24 Januari 2015 - Selayang, Selangor. Kenaikan harga barang keperluan masih naik walaupun penurunan bahan api telah dikuatkuasakan. Ini terbukti setelah Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdanganan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Selangor membuat tinjauan di Pasar Borong Selayang awal pagi tadi.
Ada Kenaikan Harga Mendadak Dikesan
Dalam operasi yang dinamakan Ops Catut ini, 13 kes Akta Kawalan Harga dan 6 kes di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972 termasuk 3 Notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan pindaan 2014 berjaya dikeluarkan. Menurut En Yusuf Bakar, Penolong Pengarah KPDNKK Selangor, notis itu dikeluarkan untuk mendapat maklumat dari peniaga kerana mereka mengesan ada kenaikan secara mendadak.Namun begitu menurut En Yusuf lagi, operasi ini mungkin telah diketahui oleh peniaga di sini kerana ada yang telah menukarkan tanda harga serta menyorok alam timbangan walapun berdasarkan maklumat, terdapat banyak aduan pengguna telah diterima berkenaan perkara ini sebelum ini. Operasi mengejut bermula jam 3 pagi dan berakhir 6 pagi turut disertai 25 Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Negeri Selangor dan cawangan Gombak.
Operasi Catut Akan Diteruskan
Operasi ini akan diteruskan dari masa ke semasa dan setakat ini sejak bermula 15 Januari lalu, pihaknya telah berjaya mengesan 117 kes dalam Operasi Catut dan ini merupakan bilangan yang tertinggi di seluruh negara.
MKL Crimedesk - OPS Catut KPDNKK Pasar Borang Selayang
Reviewed by Mkl Crimedesk
on
8:55 AM
Rating:

No comments: