www.mklcrimedesk.com

MKL Crimedesk | Sarang Maksiat Di Kawasan Perumahan Baru



12 Januari 2015 - Shah Alam, Selangor. Sudah menjadi kebiasaan apabila pusat urut mahupun premis kecantikan dijadikan markas untuk kegiatan pelacuran. Biarpun taktik basi itu sudah selalu dikesan pihak berkuasa namun sindiket pelacuran seakan tidak serik. 

Tukarng Urut & Pelacur Vietnam dan Indonesia Ditahan

Buktinya dalam ops noda Bahagian Maksiat D7 IPK Selangor di 2 premis haram di Setia Alam, 13 wanita warga asing disyaki pelacur diberkas malam tadi. Serbuan diketuai ASP Mohd Uzir Othman dan 3 pegawai serta 16 anggota termasuk unit Cantas Wanita Daerah Shah Alam dilakukan hasil risikan seminggu. Serbuan pertama berjaya menahan 9 wanita warga Vietnam disyaki pelacur bersama 3 pelanggan. Beberapa keping kondom turut ditemui yang disorokkan dalam botol minyak wangi. Manakala serbuan kedua pula, 4 wanita warga Indonesia yang dijadikan tukang urut di tahan ketika sedang menunggu pelanggan.

Polis tidak menolak kemungkinan premis turut menawarkan perkhimatan urut batin. 2 bapa ayam dan ibu ayam turut ditahan dalan serbuan serentak itu. Sejumlah wang tunai lebih 2 ribu ringgit dirampas. Kesemua tangkapan dibawa ke IPD Shah Alam untuk tindakan lanjut.


























MKL Crimedesk | Sarang Maksiat Di Kawasan Perumahan Baru MKL Crimedesk | Sarang Maksiat Di Kawasan Perumahan Baru Reviewed by Mkl Crimedesk on 9:48 AM Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.