Tweet Mengaitkan JAKIM dengan Kegiatan Ekstremisme: Eric Paulsen Ditahan Polis Di bawah Akta Hasutan
13 Januari 2015 - Brickfield, Kuala Lumpur. Pengarah Eksekutif Lawyer for Liberty, Eric Paulsen ditahan di ibu negara malam tadi. Penahan dibuat susulan laporan polis ekoran kenyataan kontoversinya di laman twitter. Eric ditahan sepasukan polis di sebuah lokasi di Brickfield jam 9.30 malam tadi. Peguam itu kemudian dibawa ke IPD Dang Wangi. Selepas itu, dia dibawa pula ke pejabat Lawyer for Liberty di Petaling Jaya untuk siasatan lanjut. Selesai pemeriksaan di situ, Eric dibawa kembali ke IPD Dang Wangi. Polis dijangka memohon reman mengikut Kanun Acara Jenayah esok.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalis Abu Bakar mengesahkan penahanan berkenaan. Siasatan dilakukan mengikut Akta Hasutan 1948. Eric sebelum ini didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan yang mengaitkan Jakim dengan kegiatan ekstremisme agama.
|
Tweet Mengaitkan JAKIM dengan Kegiatan Ekstremisme: Eric Paulsen Ditahan Polis Di bawah Akta Hasutan
Reviewed by Mkl Crimedesk
on
9:31 AM
Rating:

No comments: