Adakah perlu kerajaan Malaysia membuat gerakkan besar-besaran bagi menangani isu-isu ini:-
1. Pelancong-pelancong guna visa lawatan atau pelajar untuk memasuki negara ini tapi akhirnya menggunakan peluang memasuki negara ini untuk bekerja sebagai pekerja seks dan perkhidmatan pelayan Gro;2. Lebih pelik ada yang datang ke Malaysia tanpa ada sebarang dokumen! Ajaibnya boleh lihat blog ini dan rakaman-rakaman kami sejak tahun 2011 lagi tentang perkara yang cukup pelik tapi berlaku di negara ini dan yang ironinya berlaku dalam sebuah bandaraya besar seperti Kuala Lumpur, PJ dan Kelang...! Jika hendak dikatakan pihak polis tidak mengawal atau membenterasnya, pihak kami senantisa mengikuti perkembangan ini bersama pihal polis, imigresen dan lain-lain membuat serbuan-serbuan atas maklumat yang diterima dari pihak awam;
3. Dan yang ini agak kelakar tapi serius masalah ini kerana apabila tangkapan dibuat dan dihantar ke mahkamah, selalunya pihak-pihak swasta yang ditangkap (majikan atau pengurus kepada syarikat yang menjalankan perniagaan ini) selalunya boleh 'lepas' mudah atau dijatuhkan hukuman yang ringan seperti denda...sedangkan implikasinya amat besar kepada peradaban dan budaya social rakyat Malaysia khasnya, adakah ini tidak menjadi agenda penting untuk diselamatkan oleh pihak mahkamah?
4. Pihak PBT juga seperti tidak dapat memainkan peranan yang sewajarnya dengan mudah memberikan lesen-lesen tanpa kawalan (ataupun mereka hanya berperanan mengeluar dan mengutip bayaran lesen tetapi tidak dipertanggungjawabkan untuk mengawal?) sehinggakan banyak premis-premis yang ditutup oleh pihak polis boleh dengan mudah dibuka pada malam itu juga?
Seharusnya kerajaan Malaysia perlu lebih tegas, jika tidak rakyat akan mentertawakan semua pihak-pihak berkuasa ini baik dari agensi manapun, dan kita tidak boleh menutup andaian dan sangkaan rakyat bahawa semua agensi-agensi ini terlibat dalam suatu gerakan sindiket yang besar dan bersifal global yang dengan mudah 'membeli' agensi-agensi ini? Wallahualam! semoga dijauhkan dan harapnya perkara ini dapat dikawal sehabis-habis daya-upaya semua agensi-agensi yang terlibat, dan jika tidak terdaya kerana kekangan tenaga dan tahap professionalisme yang tidak setanding dengan kepakaran sindiket ini, mungkin boleh gunakan tenaga tentera, tentera bantuan dan lain-lain? sekadar cadangan untuk kita fikirkan dan pihak kami mengalu-alukan jika....
MKL Crimedesk - Lambakan GRO Asing Di Pusat Hiburan Di Serbu IPK KL
Reviewed by Mkl Crimedesk
on
2:50 PM
Rating:

Stopped terror for girls
ReplyDelete