11 Februari 2015 - Hulu Selangor, Selangor.
Pemancing jumpa mayat disimen dalam tong. Bau busuk yang menyengat sekitar kawasan ladang estet Bukit Beruntung membawa kepada penemuan mayat yang disimen dalam tong berhapiran sebuah kolam ikan. Mangsa ditemui pemancing yang sedang menjala ikan kira-kira jam 11 pagi.
Curiga dengan bau busuk.. mereka cuba memeriksa kawasan sekitar. Bagaimanapun panik selepas menemui beberapa tulang yang melekat dengan konkrit di dalam tong biru.
Satu jentera dari balai Kuala Kubu Baru dikejarkan ke lokasi kejadian bagi memecahkan tong berkenaan. Pemeriksaan forensik menemui beberapa cebisan tulang, bagaimanapun identiti tidak dapat dipastikan. Menurut Ketua Polis Hulu Selangor R. Suparamaniam, mangsa dipercayai mati lebih 2 bulan dan disyaki dibunuh dengan kejam. Motif pembunuhan dalam siasatan. Mayat dibawa ke hospital Kuala Kubu untuk siasatan lanjut.
MKL Crimedesk | Mayat Disimen Dalam Tong
Reviewed by Mkl Crimedesk
on
9:40 PM
Rating:

No comments: