
Siren Polis Dibunyikan Tepat Jam 12 Tengahmalam
Operasi ini menampilkan sedikit kelainan apabila siren polis dibunyikan tepat jam 12 tengah malam bagi menandakan anggota polis sudah berada di lokasi. Antara kawasan dironda oleh pasukan yang diketuai sendiri oleh Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Kamaruzaman Mamat ini ialah kafe siber. Dalam serbuan di kafe siber ini, 12 pengunjung ditahan termasuk seorang kanak kanak berusia 11 tahun yang mengikut abangnya. Penjaga premis ini dikenakan tindakan saman kerana beroperasi melebihi masa.Polis turut meronda kawasan perumahan di kawasan Klang Selatan bagi mengesan individu yang mencurigakan. Antara gelagat yang dirakam krew NTV7 adalah pergaduhan antara dua individu ini yang dipercayai mabuk. Anggota yang bertugas berjaya meleraikan pergaduhan itu daripada terus melarat hingga mencetuskan perkara tidak diingini.
Dalam rondaan dilakukan polis turut memberikan nasihat kepada penduduk supaya tidak membakar mercun yang menjadi satu kesalahan. Kesemua yang ditahan dibawa ke IPD Klang Selatan untuk siasatan lanjut.

MKL Crimedesk | Polis Lancar Ops Cegah Jenayah Sempena Musim Perayaan
Reviewed by Mkl Crimedesk
on
1:23 PM
Rating:

No comments: