www.mklcrimedesk.com

MKL Crimedesk | D7 Bukit Aman Gempur Sarang Maksiat Warga Asing


26 Februari 2015 - Mont Kiara, Kuala Lumpur. Gempur sarang pelacuran habis-habisan... itu yang dilakukan pihak berkuasa bagi memerangi sindiket pelacuran yang semakin mencabar kewibawaan mereka.
Malam tadi... lebih 87 wanita warga asing yang disyaki dijadikan hamba seks di sebuah pusat hiburan dekat montn kiara ibu negara berjaya diselamatkan.

Serbuan itu dilakukan hasil risikan polis bahagian maksiat d tujuh bukit aman sejak 2 minggu lalu.

Premis beroperasi secara haram itu didakwa bersekongkol dengan sindiket pelacuran untuk kaut keuntungan cepat.

Hasil pemeriksaan mendapati, 13 daripada tangkapan tidak memiliki paspot.
Mereka disyaki turut menawarkan kegiatan seks kepada pelanggan dengan mengenakan caj sekitar 200 hingga 300 ringgit dan melakukannya di hotel bajet berhampiran.
Polis turut merampas pelbagai peralatan audio dan sejumlah wang tunai 10 ribu ringgit.
Seorang ibu ayam turut ditahan.

Kesemua tangkapan berusia 18 hingga 36 tahun dibawa ke ipd dang wangi dan siasatan dilakukan mengikut seksyen 12 akta ATIPSOM.



















MKL Crimedesk | D7 Bukit Aman Gempur Sarang Maksiat Warga Asing MKL Crimedesk | D7 Bukit Aman Gempur Sarang Maksiat Warga Asing Reviewed by Mkl Crimedesk on 9:58 AM Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.