3 Mac 2015 - Danau Kota, Kuala Lumpur. Kerana lambakan pekerja asing di kedai-kedai makan yang diragui status permit dan paspotnya.... imigresen kuala lumpur terpaksa menggempur beberapa premis gerai dan kedai-kedai makan tersebut.
Ops Selera & Ops Sapu serbu kedai makan dan cuci kereta
Hasil aduan awam, 12 pekerja asing tanpa izin ditangkap dalam ops selera dan ops sapu di sebuah restoran premis cuci kereta dan sebuah rumah di Danau Kota ibu negara awal pagi tadi. Operasi mengejut itu turut dibantu Jabatan Pengangkutan Awam Malaysia digerakkan kira-kira jam 12 malam tadi. Ketika diserbu, ada antara mereka bertindak melarikan diri. Namun cubaan itu gagal apabila premis terbabit dikepong. Lebih 35 pekerja asing dan pelanggan diperiksa. Dan semakan mendapati 11 daripada yang ditahan adalah warga Indonesia dan seorang Thailand beruisa antara 20 hingga 45 tahun.
Menurut Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kuala Lumpur Mohd Zamry Mohd Nor, ketika serbuan dibuat majikan mereka tiada di lokasi dan pihaknya mengeluarkan notis untuk arahan siasatan lanjut. Antara kesalahan dikesan adalah tinggal lebih masa dan tiada dokumen perjalanan sah dan permit kerja.
Kes disiasat mengikut seksyen 6 (1) (C) dan seksyen 15 (1) (C) Akta Imigresen 1963. Kesemua tangkapan dibawa ke depog tahanan imigresen Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat mengikut seksyen 6 (1) (C) dan seksyen 15 (1) (C) Akta Imigresen 1963. Kesemua tangkapan dibawa ke depog tahanan imigresen Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut.
MKL Crimedesk | Imigresen KL Tangkap Pembantu Restoran PATI
Reviewed by Mkl Crimedesk
on
10:01 AM
Rating:

No comments: