
23 Mac 2015 - Kuala Lumpur. Lokasi ini lazimnya dihuni pendatang asing tanpa izin, lebih teruk lagi mereka seakan berani mencabar kewibaan pihak berkuasa apabila kegiatan pelacuran turut berleluasa tidak kira siang atau malam.
Atas aduan awam, imigresen Putrajaya bertindak menggempur lubuk maksiat itu di Plaza Ace dan sebuah restoran dekat Jalan Pasar Pudu malam tadi. 76 PATI ditangkap dan seperti biasa, aksi melarikan diri dan cuba menghalang tugas Penguatkuasa sempat dirakam oleh lensa kami.
Serbuan dengan kekuatan 188 anggota Penguatkuasa itu yang diketuai oleh Pengarah Bahagian Penguatkuasa Imigresen Putrajaya, Tuan Zahari Abdul Aziz itu digerakkan melalui pemeriksaan rumah di Plaza berkenaan. Penguatkuasa terpaksa memecahkan beberapa pintu rumah kerana mereka gagal memberikan kerjasama.
Beberapa kondom ditemui. Yang ditahan 27 daripadanya lelaki dan 47 wanita Vietnam, China, Myanmar dan Bangladesh berusia 20 hingga 40an. Antara kesalahan dikesan adalah tiada dokumen perjalanan sah, menyalah-gunakan passport dan tinggal lebih masa. Kesemua tangkapan disiasat atas kesalahan yang dirujuk mengikut Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 6 (1)(c)

MKL Crimedesk | Imigresen Terus Gempur Lubuk Pendatang Asing
Reviewed by Mkl Crimedesk
on
5:23 PM
Rating:

No comments: