Lokasi kejadian di KM 18 persiaran surian berhampiran dengan Palm Spring Kondominium.
Hasil siasatan awal.
Siasatan awal mendapati mangsa adalah 1 lelaki Bangladesh
Nama Ashraful
Umur 29 thn.
Pasport no Ac 8434005
Siasatan mendapati punca kematian adalah kerana mangsa cuba hendak melarikan diri dari membayar tambang teksi bersama seorang rakannya yang lain. Mangsa keluar dari teksi dan cuba melarikan diri dengan melompat dari jambatan tetapi telah terjatuh ke bawah dengan ketinggian lebih kurang 30 kaki. Mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala.
Pemandu teksi juga telah membuat laporan polis. Pemandu teksi
nama Mohd Rawi bin Che som. Umur 55 thn.
Menurutnya beliau telah mengambil mangsa dan rakannya dari Pelangi Damansara hendak ke Sunway Giza Kota Damansara. Semasa melalui jambatan berhadapan Palm Spring kondo mangsa dan rakannya telah bertanyakan berapa tambang teksi dan apabila beliau bagitau tiba-tiba kedua dua mereka enggan membayar tambang. Kawan mangsa telah mencekik leher pengadu dan apabila beliau berhentikan teksi kedua2 mereka terus keluar dari teksi. Mangsa telah dilihat terjun dari jambatan manakala rakan mangsa lari ke arah stesen minyak.
Mayat simati telah dihantar ke hopsital Sg Buluh untuk bedah siasat.
Siasatan akan diteruskan untuk mengesan rakan simati.
Bangla Maut Jatuh Dari Jambatan Lari Tak Bayar Teksi
Reviewed by Mkl Crimedesk
on
12:00 PM
Rating:

No comments: