10 September - Kepong, Kuala Lumpur. Sebuah asrama pekerja , 8 bengkel mengecat kenderaan dan kedai membaiki peralatan elektrik musnah dalam kebakaran di Kepong Baru, Kuala Lumpur awal pagi pagi tadi.
Masalah mendapatkan bekalan air di kawasan setinggan ini turut menyukarkan pasukan bomba dan penyelamat mengawal kebakaran.
Bomba menerima panggilan kecemasan kira kira jam 6:30 pagi tadi dan sampai di lokasi kira kira 10 minit kemudian.
Ketika sampai api sedang marak kerana struktur bangunan asrama pekerja dan bengkel ini yang diperbuat daripada kayu. Bagaimanapun ketika kejadian tiada penghuni berada di dalam asrama berkenaan. Pekerja bengkel yang berada di lokasi kejadian sempat menyelamatkan diri. Masalah tekanan air di kawasan kejadian juga menyebabkan pasukan bomba sukar untuk memadam kebakaran.
7 jentera bomba bersama 57 anggota dari Balai Jinjang, Sri Hartamas, Hang Tuah dan Gombak Selatan bertungkus lumus kira kira setengah jam untuk memadam kebakaran sepenuhnya.
Turut musnah dalam kebakaran ini adalah 5 buah kereta dan sebuah motosikal. Pasukan bomba masih menyiasat punca kebakaran dan jumlah kerugian.
MKL Crimedesk | Kebakaran Bengkel Mengecat Kenderaan Dan Kedai Membaiki ...
Reviewed by Mkl Crimedesk
on
8:59 AM
Rating:

No comments: