29 Ogos 2015 - Gombak, Selangor. Bukan setakat dibunuh, malah turut dibakar. Mayat pula dibuang ke dalam gaung. Tindakan kejam itu dilakukan pembunuh untuk melupuskan bukti dan identiti mangsa.
Mayat 60% hangus
Mayat lelaki tanpa identiti itu ditemui dalam keadaan berulat di dalam cerun bukit dekat batu 18 jalan Gombak lama malam tadi. Mayat ditemui orang asli yang sedang mencari rotan di kawasan cerunan ini. Saksi juga terkejut apabila menemui cebisan mayat berkenaan yang hampir 60 peratus terbakar.Pemeriksaan forensik mendapati mangsa dibakar bersama dengan tayar kenderaan. Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ali Ahmad berkata polis percaya mangsa dibunuh dan dibakar di tempat lain sebelum dicampakkan ke dalam gaung sedalam 5 meter itu. Berdasarkan pemeriksaan awal..mangsa dipercayai dibunuh tidak kurang dari tempoh 72 jam.
Motif pembunuhan masih dalam siasatan. Mayat dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat. Kes disiasat mengikut seksyen 302 kanun keseksaan.
MKL Crimedesk | Mayat Dibunuh Dan Dibakar
Reviewed by Mkl Crimedesk
on
11:15 AM
Rating:

No comments: