www.mklcrimedesk.com

MKL Crimedesk | OPS Bersepadu JPJ Genting Klang























29 Ogos - Genting Klang, Kuala Lumpur. Tindakan seorang pemilik kenderaan mewah mengubahsuai nombor pendaftaran MPVnya akhirnya mengundang tindakan dikenakan ke atasnya. Lelaki itu ditahan dalam operasi bersepadu dilakukan agensi penguatkuasaan  di jalan genting klang awal pagi tadi. Operasi ini turut mengesan pesalah trafik yang mempunyai waran tangkap .

Velfire BANGSAT

Terdapat seorang pemilik MPV jenis Velfire pula didapati tidak mematuhi peraturan memasang nombor pendaftaran kerana jaraknya yang dekat. Ini menyebabkan nombor pendaftaran asalnya BAN9547 bertukar seolah oleh menjadi perkataan 'BANGSAT' Berikutan tindakan itu, Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ mengeluarkan saman ke atasnya.

Operasi ini disertai lebih 100 anggota penguatkuasa termasuk JPJ, PDRM, Puspakom, Jabatan Imigresen dan Jabatan Alam Sekitar yang diketuai oleh Ketua Bahagian Penguatkuasa JPJ WPKL Tuan Norhadzli bin Mohd Azhar. Dalam operasi sama, seorang pesalah trafik yang mempunyai waran tangkap turut ditahan menerusi ops warta yang bermula semalam. 

Hasil operasi ini sebanyak 1019 kenderaan diperiksa. Daripada jumlah itu sebanyak 261 saman dikeluarkan kepada pemilk kenderaan atas pelbagai kesalahan. 19 kenderaan turut disita. Jabatan imigresen turut menahan 5 warga asing yang gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah.

MKL Crimedesk | OPS Bersepadu JPJ Genting Klang MKL Crimedesk | OPS Bersepadu JPJ Genting Klang Reviewed by Mkl Crimedesk on 11:26 AM Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.