Kedua-dua suspek kes tembak pensyarah dan imam warga palestin, DR. Fadi
al batsh, 35, di setapak di sini pada sabtu lalu dipercayai masih berada di
negara ini.
Gambar sebenar salah seorang dari dua suspek yang menembak mati
pensyarah universiti kuala lumpur british malaysia institut unikl bmi dr fadi
mohammed albatsh di setapak, awal pagi sabtu lalu sudah dikenalpasti
Ketua polis negara, tan sri mohamad fuzi harun berkata pengecamam
itu diperolehi hasil penemuan motosikal digunakan suspek di belakang deretan
kedai dekat danau petang semalam...
Namun identiti sebenar suspek masih dalam siasatan dan polis percaya
suspek menggunakan identiti palsu semasa memasuki negara ataupun ketika berada
dalam negara ini
Siasatan awal juga percaya suspek memasuki negara sejak akhir
januari lalu.
Polis yakin dan percaya kedua suspek itu masih berada dalam negara.
Jelasnya motosikal jenis
kawasaki versys itu ditinggalkan dengan keadaan baik.
Dan lokasi kejadian pembunuhan dengan tempat penemuan motosikal itu
hanya mengambil masa 9 minit.
Orang awam yang mengenali suspek boleh tampil menyalurkan maklumat
ataupun menghubungi segera ketua jabatan siasatab jenayah kuala lumpur sac
rusdi mat isa di talian 0196992261 ataupun pegawai penyiasat asp shahrizal
salleh 0177134705
Dalam kejadian sekitar 6 pagi sabtu lepas pensyarah warga palestin
itu ditembak dua suspek menaiki motosikal berkuasa besar.
Ketika kejadian mangsa sedang berjalan kaki menuju ke surau
berhampiran, tidak jauh dari pintu masuk hadapan kondominium didiaminya.
Mangsa yang ditembak dengan 10 das tembakan disahkan maut di tempat
kejadian.
IGP Suspek Kes Tembak Imam Berada Dalam Negara
Reviewed by MKLCrimedesk
on
2:30 PM
Rating:

No comments: