www.mklcrimedesk.com

MKL Crimedesk | Pengasuh Bunuh Bayi Simpan Dalam Peti Ais


JENAYAH MINGGU INI.

2 Julai, 2018 - Kampung Nakhoda, Batu Caves, Selangor. Bayi lelaki Adam Rayqal Mohd Sufi, lima bulan, ditemui sudah meninggal dunia di rumah pengasuhnya .
Kejadian berlaku di Jalan Nahkoda Kiri Tiga, Kampung Nakhoda, Batu Caves, Gombak, Selangor
Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Ali Ahmad berkata, mayat Adam Rayqal ditemui kira-kira jam 11 malam tadi disorokkan dalam bahagian sejuk beku peti ais dua pintu .
Mayat bayi berkenaan ditemui lengkap dengan pakaian namun berbalut kain napkin dan disumbat dalam beg berwarna hijau.
Mayat Adam Rayqal ini ditemui selepas siasatan polis mendapati terdapat keraguan dalam keterangan pengasuhnya.
Polis kemudian membawa pengasuh berkenaan ke rumahnya sebelum ditunjukkan lokasi mayat bayi itu disimpan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan .
Polis menahan dua suspek iaitu pengasuh yang berusia 33 tahun serta rakan serumahnya yang berusia 36 tahun. Mayat bayi dibawa ke Hospital Kuala Lumpur HKL untuk bedah siasat.
Sebelum ini, media melaporkan kehilangan bayi berkenaan dipercayai dilarikan individu tidak dikenali dari rumah pengasuhnya, petang semalam.
Bapa bayi itu, Mohd Sufi Naeif Mohd Fauzi, 28, turut memuat naik gambar Adam di laman sosial miliknya meminta orang awam membantu mengesan anaknya itu.



MKL Crimedesk | Pengasuh Bunuh Bayi Simpan Dalam Peti Ais MKL Crimedesk |  Pengasuh Bunuh Bayi Simpan Dalam Peti Ais Reviewed by Mkl Crimedesk on 12:10 PM Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.