www.mklcrimedesk.com

AHLI GENG KONGSI GELAP DITEMBAK

Kajang - 12/9/2018

2 Ahli kongsi gelap bersenjata api maut dalam insiden berbalas tembakan dengan polis di Kajang.

Kejadian berlaku kira kira jam 1 pagi ketika sepasukan polis mendapati kereta jenis Porche Cayyene yang dinaiki 2 suspek itu dilaporkan dicuri 2 hari lepas di Klang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC  Fadzil Ahmat berkata...  Ketika cuba memintas kenderaan itu di Metro Kajang... Suspek bertindak memecut laju sehingga ke satu perkampungan kira kira sejauh 4 kilometer.


Dalam insiden itu..  Suspek turut melepaskan satu tembakan ke arah kereta polis..  sebelum terbabas ke bahu jalan.

Namun kedua dua suspek terbunuh ketika berbalas tembakan ke arah polis.

Pemeriksaan awal mendapati kedua dua suspek adalah warga tempatan yang menetap di Pandamaran Permai dan Teluk Panglima Garang Selangor.


Suspek berusia 36 itu memiliki 7 rekod jenayah termasuk 5 rekod dadah.

Manakala suspek berusia 43 tahun itu memiliki 4 rekod jenayah dan pecah rumah di Klang baru baru ini.

Polis menemui dua pucuk pistol jenis STYER dan CZ 92 serta dua bilah parang.

Semakan juga mendapati kenderaan itu dilaporkan terbabit dalam kes samun bersenjata di Pandamaran.

Mayat dibawa ke Hospital Klang untuk dibedah siasat.
AHLI GENG KONGSI GELAP DITEMBAK AHLI GENG KONGSI GELAP DITEMBAK Reviewed by Metronews on 7:36 AM Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.