Kuala Lumpur - 30/9/2018
Sudah berlagak samseng dijalanan... Malah turut mengancam nyawa orang awam dengan tindakan meloloskan diri dari sekatan polis sehingga nyaris melanggar pejalan kaki.
Itu antara aksi yang sempat dirakamkan krew dalam ops samseng di ibu negara malam tadi.
Operasi dilakukan Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan JSPT Kuala Lumpur di sekitar pusat bandaraya awal pagi tadi dengan menjalankan sekatan jalan berjaya menangkap seorang pemuda yang menggunakan nombor plat palsu.
Ketika operasi dilakukan ada juga penunggang motosikal bertindak agresif dan bahaya termasuk menunggang melawan arus dan berpatah balik apabila ternampak sekatan jalan.
Manakala 5 mat rempit yang sedang leka melakukan aksi ala superman sambil berlumba dicekup oleh anggota polis di lebuhraya DUKE.
Kesemua mereka berusia seawal usia 17 tahun hingga 25 tahun.
Sepanjang operasi ini sebanyak 191 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.
Kesalahan paling banyak dilakukan ialah tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh dan melakukan pengubahsuaian.
11 buah motosikal pula disita kerana pelbagai kesalahan.

MAT REMPIT ANCAM NYAWA ORANG AWAM
Reviewed by Metronews
on
11:33 AM
Rating:

No comments: