Kuala Lumpur - 1/10/2018
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seramai 34 orang individu serta merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM230,000 dalam dua serbuan berasingan di sebuah pusat hiburan di kawasan Dang Wangi di sini Jumaat lalu.
Serbuan tersebut dilakukan oleh anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi serta turut disertai oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.
Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, dalam serbuan sekitar pukul 2.30 pagi itu, pihaknya turut berjaya menahan dua lelaki tempatan yang dipercayai merupakan anggota sindiket pengedaran dadah di kawasan tersebut.
"Mereka yang ditahan merupakan warga tempatan terdiri daripada 31 orang lelaki termasuk seorang remaja berusia 16 hingga 49 tahun dan 3 orang wanita tempatan berusia 27 hingga 54 tahun.
"Susulan daripada tangkapan tersebut, polis telah menjalankan pemeriksaan di sebuah tempat letak kereta di kawasan tersebut dan menemui sebanyak 72 botol minuman serta 315 paket serbuk minuman disyaki mengandungi dadah jenis methaphetamine yang disembunyikan di dalam sebuah kereta,"katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.
Menurut Mohmad, keseluruhan hasil rampasan dadah dalam serbuan tersebut adalah 181 botol air minuman dan 408 paket minuman yang disyaki mengandungi dadah jenis methamphetamine serta satu paket dadah jenis ketamin dan 60 batang rokok dipercayai mengandungi ganja.
"Kesemua 32 individu yang ditahan seterusnya direman selama dua hari dan disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala dua ahli sindiket berkenaan pula direman selama tujuh hari dibawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
Dalam pada itu, JSJN bersama D7 IPD Dang Wangi turut memeriksa seramai 56 warga asing dari pelbagai negara dan menahan 10 daripada mereka kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.
"Mereka yang ditahan merupakan tujuh lelaki warga bangladesh berusia 21 hingga 30 tahun dan tiga perempuan warga Ondonesia berusia 24 hingga 28 tahun.
"Mereka kini ditahan reman selama 14 hari di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959," katanya.
Mohmad berkata, pusat hiburan berkenaan telah kerap kali diserbu malah sebuan tersebut adalah buat kali yang kelima tahun ini namun mereka masih berdegil dan tetap menjalankan operasi seperti biasa.
"Kami percaya, pusat hiburan berkenaan mampu menjana pendapatan lumayan yang menjadikan mereka tetap berani beroperasi walaupun telah disebu beberapa kali.
"Operasi membanteras gejala dadah sebegini akan dibuat secara berterusan dan perbincangan dengan pihak berkuasa tempatan juga telah dilakukan bagi memastikan ia tidak lagi beroperasi di masa hadapan," tegas beliau.
- KOSMO

34 INDIVIDU DITANGKAP, DADAH BERNILAI RM230 RIBU DIRAMPAS
Reviewed by Metronews
on
4:01 PM
Rating:

No comments: