www.mklcrimedesk.com

7 ANGGOTA POLIS CEDERA

Hulu Selangor - 12/10/2018

7 Anggota polis dan empat orang kena tuduh (OKT) cedera apabila kenderaan dinaiki terbabit kemalangan di Kilometer 428.3 lebuhraya PLUS arah selatan Bukit Beruntung petang tadi.


Kejadian dilaporkan berlaku pada jam 3.30 petang ketika mereka dalam perjalanan dari Perlis ke Bukit Aman.

Menurut Ketua Polis Hulu Selangor Supritendan Lim Bak Phai berkata...  Kenderaan pasukan polis itu tiba tiba hilang kawalan sebelum terbabas di lorong tengah.


Bagaimanapun sebuah lagi lori dari arah belakang gagal mengelak lalu merempuh van polis berkenaan.

Jelasnya.. 7 Anggota polis berkenaan bertugas di Bahagian Anti Pengganas E8 Cawangan Khas Bukit Aman dan 4 lagi OKT cedera.


Kesemua mereka dibawa ke Hospital Sungai Buloh.

Ketika kejadian.. Cuaca selepas hujan menyebabkan jalan licin.


Lorong perlahan ditutup selama satu jam untuk kerja kerja pengalihan.

Insiden itu turut mengakibatkan aliran trafik sesak sepanjang 4 kilometer.
7 ANGGOTA POLIS CEDERA 7 ANGGOTA POLIS CEDERA Reviewed by Metronews on 6:56 PM Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.